suria

Kapak Tertua Dunia Ditemui Di Australia

SYDNEY: Para ahli arkeologi di sini, Jumaat mendedahkan bahawa mereka telah menemui kapak batu yang berusia 35,500 tahun di sebuah kawasan suci masyarakat orang Asli Australia - menjadikannya sebagai yang tertua pernah ditemui di dunia.

"Penemuan itu berlaku pada Mei lalu di dalam sebuah gua di kawasan terpencil Utara Australia," kata Bruno David dari Monash University kepada stesen televisyen ABC.

"Orang yang menggunakan kapak batu ini mengasahkan bahagian kepala kapak ini pada permukaan batu pasir dalam usaha untuk menjadikannya lebih tajam dan bulat," katanya.

David berkata, berdasarkan rekod, kapak batu yang tertua yang pernah ditemui adalah berusia antara 20,000 hingga 30,000 tahun dahulu dan secara konvensionalnya semua pengkaji percaya, peralatan seperti ini pertama kali muncul di benua Eropah iaitu apabila jumlah penduduk semakin berkembang dan hutan mula muncul selepas era zaman ais berlalu.

"Bagaimanapun apa yang telah kita temui di Australia adalah jauh lebih tua dari pertemuan sebelum ini iaitu berusia 35,000 tahun dahulu," tegasnya.

Penemuan ini juga kata David akan membuktikan bahawa kaum Asli Jawoyn dari kawasan tanah Arnhem merupakan yang pertama untuk menggunakan kapak yang dikisar untuk menajamkannya.

"Ini bermakna kita sedang melihat kepada satu masyarakat yang mencipta satu peralatan yang lebih efisien dan memerlukan kepandaian untuk menjadikan efisien," ujarnya lagi.

Kaum Jawoyn, telah menjemput pakar arkeologi daripada Monash untuk mengkaji beberapa penemuan di kawasan tersebut bagi memastikan kesinambungan penemuan itu dengan nenek moyang mereka.

"Sekarang mereka telah membuat penemuan yang sangat berharga di situ dan kami telahpun mengetahui perkara sebenar di sebalik penemuan itu," kata Margaret Katherine yang merupakan salah seorang pemilik tanah kaum asli di situ kepada ABC.

Kawasan Arnhem seluas 97,000 kilometer persegi mengandungi hutan, sungai dan gaung. Bandar yang paling hampir dengannya ialah Darwin. Ia diwartakan sebagai kawasan suci kepada masyarakat orang Asli Australia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Hat Yai Semakin Pulih

Artikel Lain