suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Perlu Lagi Borang Imigresen di Pintu Sempadan

HANOI: Borang perakuan imigresen tidak lagi diperlukan sebagai sebahagian prosedur kemasukan ke 12 pintu masuk sempadan yang kini dilengkapi mesin pengimbas pasport dan rangkaian komputer mulai 15 November ini, lapor Vietnam News Agency (VNA).

Menurut Jabatan Imigresen di bawah Kementerian Keselamatan Umum, pintu masuk berkenaan termasuk sempadan antarabangsa Huu Nghi, Lao Chai, Cau Treo, Lao Bao, Mong Cai dan Moc Bai di samping Hon Gai, Vung Tau, Nha Trang, Sai Gon dan Da Nang.

Katanya, pintu sempadan lain bakal terbabit dengan perubahan itu apabila mencapai tahap peningkatan dikehendaki. Deklarasi imigresen telah dibatalkan di semua lapangan terbang antarabangsa mulai 15 September lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

54 Korban Terbaru Gunung Merapi

Artikel Lain