suria

Hillary Tolak Kemungkinan Kembali Sebagai Calon Presiden 2012 & 2016

CHRISTCHURCH: Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton berkata, dia tidak mungkin akan memasuki gelanggang untuk kali kedua bagi merebut jawatan presiden negara itu pada pemilihan tahun 2012 dan 2016.

Pada pilihan raya calon presiden Amerika pada tahun 2008, Hillary tewas di peringkat pemilihan parti Demokrat di tangan Barack Obama untuk mewakili parti itu dalam persaingan di peringkat sebenar.

Di bawah perlembagaan Amerika, penggal perkhidmatan presiden adalah untuk hanya empat tahun sahaja bukannya lima tahun sepertimana kebanyakkan negara lain.

Dan presiden Amerika tidak dibenarkan menyandang jawatan itu melebihi dua penggal (iaitu lapan tahun).

Hillary kini dalam rangka lawatan ke New Zealand selepas berkunjung ke Malaysia selama tiga hari.

Dalam temuramah dengan sebuah stesen televisyen di sini, Jumaat, Hillary telah ditanya sama ada Amerika telah bersedia untuk menerima seorang wanita sebagai presiden negara itu dan beliau menjawab:

"Saya harap begitu dan ia sepatutnya begitu.."

Dan ketika ditanya sama ada dirinya mungkin akan menyertai persaingan untuk mewakili Demokrat dalam pilihan raya presiden akan datang, Hillary berkata, beliau tidak akan ke gelanggang semula tetapi mungkin akan ada calon wanita yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Hat Yai Semakin Pulih

Artikel Lain