suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Gesa India Muktamadkan CECA Menjelang Akhir 2010

NEW DELHI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi dorongan politik untuk memuktamadkan segera Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) dengan India, dan menggesa pembuat dasar India supaya turut menyegerakan proses terbabit.

"Perjanjian itu penting untuk kita (India dan Malaysia) dan saya mahu melihat perjanjian itu dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, dan saya menjemput Manmohan (Singh, Perdana Menteri India) datang ke Kuala Lumpur untuk menandatangani perjanjian itu," kata Najib kepada perjumpaan komuniti perniagaan India di Delhi hari ini.

Dua rakan dagang itu mula merundingkan CECA sejak 2008, dan dua siri perbincangan sudah dimuktamadkan, sebahagian besarnya untuk membuka akses pasaran.

Idea untuk mewujudkan pakatan perdagangan itu dilaksanakan selepas kajian bersama India-Malaysia menunjukkan wujud peluang dagangan yang belum diteroka dalam bidang teras seperti pelaburan, barangan dan perkhidmatan.

"Perjanjian seperti itu akan menyemarakkan pelaburan dan perdagangan dua hala tambahan selain mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, pelaburan dan ekonomi untuk kedua-dua negara," kata Najib pada Forum Perniagaan Malaysia-India, bertema "Membangunkan Usaha Sama Stratagik".

"Bagi Malaysia, kami akan melakukan apa yang perlu untuk menyegerakan rundingan," kata Perdana Menteri.

Dagangan dua hala Malaysia-India kini bernilai AS$10 bilion (RM35 bilion) dan sejak 2007, India muncul pelabur ketujuh terbesar di Malaysia dengan jumlah pelaburan bernilai AS$1.6 bilion (RM5.6 bilion).

Keseluruhan pelaburan Malaysia hingga 2008 di India bernilai AS$1.8 bilion (RM6.3 bilion).

Najib mengetuai delegasi Malaysia yang terdiri daripada pemimpin korporat dan politik, ke Delhi dan Chennai, dari 19 hingga 23 Januari. -BERNAMA

Artikel Lain