suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Penuntut Sekolah Islam Mati ditembak

BANGKOK: Dua penuntut sebuah sekolah pengajian Islam berasrama mati manakala seorang lagi cedera parah apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah mereka di wilayah bergolak Pattani malam tadi.

Jurucakap polis berkata Mohd Mohd Zin, 24, dan Abdullah Ismail, 18, mati di tempat kejadian manakala Mohamad Sofi Harun, 18, dimasukkan ke Hospital Pattani.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8 malam Ahad di daerah Panarek, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mereka ketika mereka berjalan ke gerai makan berhampiran untuk makan malam.

Beliau berkata Mohamad juga merupakan guru tadika di sekolah yang sama.

Lebih 3,600 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku sejak kumpulan pemisah memulakan semula gerakan bersenjata pada Januari, 2004 untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah majoriti penduduk Islam iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala.

Bangkok, yang menempatkan lebih 60,000 tentera di kawasan itu, berkata kejadian keganasan telah menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya, tetapi kejadian letupan bom dan tembakan masih berlaku. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain