suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden China Tiba Untuk Lawatan Dua Hari

SEPANG: Presiden China Hu Jintao tiba hari ini untuk lawatan dua hari. Ketibaan beliau bersama isteri, Liu Yongqing, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 3.30 petang, disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Hu kemudian berlepas ke dataran Parlimen untuk diberi sambutan rasmi sebelum mengunjungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin di Istana Negara.

Malam ini beliau akan diraikan dalam satu majlis jamuan negara manakala pagi esok, pemimpin China itu akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani sempena lawatan itu.

Hu dijadual berlepas ke Singapura pada 4.30 petang esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain