suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua mati, banyak rumah rosak dalam gempa 6.7 SR di Bima

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.7 pada skala Richter (SR) di Bima, Nusa Tenggara Barat awal pagi ini dilapor mengakibatkan dua kematian dan banyak rumah yang runtuh.

Gempa yang berpusat di KM 28 ke barat laut Raba, Kota Bima berlaku kira-kira pukul 3.41 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Agensi berita Antara pada Isnin memetik beberapa penduduk kampung itu mengesahkan keduadua mangsa mati akibat tertimpa bangunan yang runtuh, yang diumum melalui alat pembesar suara di masjid di situ dan stesen radio tempatan.

Penduduk yang cedera juga banyak tetapi jumlah sebenar belum dapat dipastikan kerana belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa tempatan setakat pagi ini.

Penduduk di kawasan pantai sempat melarikan diri ke bukit dan kawasan tinggi kerana bimbang berlaku tsunami, namum Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia di Selaparang, Mataram, berkata gempa di 8.24 darjah Lintang Selatan-118.65 darjah Bujur Timur, pada kedalaman 25 KM di bawah laut itu tidak berpotensi tsunami.

Gegaran gempa itu turut dirasakan penduduk di Denpasar di Pulau Bali dan sekitar Makassar di Sulawesi Selatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain