suria

Jurutera Qantas undi tidak mahu kerja lebih masa

MELBOURNE: Jurutera profesional di Qantas mengundi untuk tidak mahu bekerja lebih masa dengan menyatakan syarikat penerbangan itu tidak berbuat sesuatu semasa rundingan upah.

Anggota Association of Professional Engineers, Scientists and Managers, Australia (APESMA) di Sydney, Brisbane dan Melbourne mengundi memilih tidak mahu bekerja lebih masa pada Jumaat, demikian lapor Australian Associated Press (AAP).

Tindakan itu bermula di semua ketiga-tiga bandar raya itu pada Jumaat, minggu depan.

Qantas berkata kesatuan kerja itu meminta kenaikan gaji 30 peratus sejak tiga tahun lalu dan menyifatkannya sebagai "tidak wajar".

Bagaimanapun pengarah APESMA Catherine Bolger berkata syarikat penerbangan itu nampaknya bersikap tidak acuh untuk menyelesaikan pertikaian itu dengan segera. BERNAMA

Artikel Lain