Indonesia hargai tindakan tegas Malaysia dalam kes Mantik - Dunia | mStar

Indonesia hargai tindakan tegas Malaysia dalam kes Mantik

JAKARTA: Pemerintah Indonesia pada Khamis menyatakan penghargaan terhadap tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani kes pembantu rumah Indonesia yang mati dipercayai didera majikannya, Mantik Hani.

Jurucakap Presiden Dino Patti Djalal berkata Indonesia juga menghargai kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bahawa warganegara Indonesia di Malaysia juga berhak untuk mendapat perlindungan.

"Harus dilindungi keselamatannya (warganegara Indonesia), tidak kira sama ada status orang yang terlibat 'legal' atau 'illegal' (pendatang dengan izin yang sah atau tidak)," katanya dalam kenyataan di sini.

Mantik Hani, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang pada 20 Oktober selepas dipercayai didera oleh majikannya meninggal dunia pada Isnin setelah enam hari dirawat.

Pemerintah Indonesia telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan penyiksaan terhadap Mantik Hani yang mengakibatkan kematiannya, katanya, yang menambah bahawa Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur, Da'i Bachtiar telah menulis surat kepada Menteri Luar Malaysia dan jabatan lain yang berkaitan.

Dino berharap mereka yang terlibat menganiaya Mantik segera dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal.

"Kami juga menyambut baik rancangan Malaysia untuk membentuk satu unit khusus antara jabatan untuk mencari cara mengatasi kes penyiksaan," katanya.

Dino juga, pada Khamis telah menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk menyuarakan pendirian pemerintah Indonesia yang mengutuk keras dan sangat kesal dengan kejadian itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain