suria

Hubungan Malaysia - Indonesia melangkaui isu budaya, kata Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan akrab yang tidak sepatutnya dicemari oleh isuisu kurang penting yang boleh menjejaskan hubungan dua hala, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata keduadua negara juga perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan yang lebih penting di rantau ini, khasnya dalam bidang ekonomi, perubahan iklim, malapetaka dan keselamatan serantau.

"Malaysia dan Indonesia harus meningkatkan kerjasama antara keduadua negara dalam memainkan peranan yang jauh lebih besar di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia sempena lawatan beliau ke Republik itu untuk majlis pemasyhuran dan angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta minggu lepas.

Wawancara itu disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia malam tadi.

Perdana Menteri turut ditanya pelbagai isu yang membabitkan hubungan dua hala keduadua negara termasuk keganasan, pekerja Indonesia di Malaysia serta isu konflik sempadan.

Mengenai tenaga kerja Indonesia di Malaysia, Najib berkata Malaysia sentiasa menghargai sumbangan pekerja dari negara jiran ini yang telah banyak membantu membangunkan ekonomi negara.

Ditanya mengenai isu Ambalat yang masih menjadi pertikaian, Najib berkata isu tersebut perlu diselesaikan secara baik melalui diplomasi oleh keduadua negara. BERNAMA

Artikel Lain