suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki warga emas yang dipenjarakan di China , koma

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Malaysia yang dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun di Wilayah Jiangsu, China, koma selepas terjatuh di bilik air sel tahanannya awal bulan ini.

Tahanan terbabit, Siaw Min Kee, 62, yang mengalami kecederaan teruk di kepalanya, kini ditempatkan di Hospital Nanjing, tidak jauh dari kompleks penjara berkenaan namun keadaannya dilaporkan tenat.

Sumber Wisma Putra memberitahu Bernama, lelaki itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan difahamkan, lelaki itu perlu dibedah segera, dipercayai untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya.

"Konsulat Besar Malaysia di Shanghai memaklumkan bahawa pembedahan tidak dapat dijalankan selagi tidak mendapat kebenaran daripada warisnya di tanah air selain bagi memastikan siapa yang akan bertanggungjawab ke atas bil perubatannya nanti," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata usaha Wisma Putra mengesan anggota keluarga lelaki itu melalui alamat terakhirnya di No 49, Jalan Sibu 7, Taman Wahyu, Off Jalan Kuching juga gagal selepas mendapati rumah berkenaan sudah dijual kepada pemilik baru.

Artikel Berikut

Artikel Lain