suria

Kedutaan Malaysia beri penjelasan kes pembantu rumah

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia memanfaatkan demonstrasi di hadapan kedutaan di sini, Rabu, untuk memberi penjelasan kepada para penunjuk perasaan mengenai pendirian kerajaan Malaysia dalam menangani kes pembantu rumah dari Jawa Timur, Mantik Hani, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera majikannya.

Ketua Canseri kedutaan Mohd Norhisyam Mohd Yusoff keluar menemui kirakira 30 penunjuk perasaan daripada Migrant Care yang berkumpul di luar pagar depan pintu masuk ke kedutaan di Jalan Rasuna Said di sini dan menyerahkan kepada mereka satu salinan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkaitan kes itu.

Selain mengucapkan takziah kepada keluarga Mantik Hani, 36, Anifah dalam kenyataan itu berkata kerajaan Malaysia mengutuk keras penderaan itu dan akan bertindak tegas, menjalankan siasatan segera dan terperinci sehingga pesalah dihukum oleh mahkamah.

"Mereka menunjuk perasaan kirakira sejam dalam suasana aman. Saya mengambil kesempatan memberikan penjelasan bahawa kerajaan Malaysia sudah pasti bertindak tegas ke atas pasangan majikan itu yang sudah pun ditangkap oleh polis," kata Mohd Norhisyam kepada Bernama di sini. Beliau berkata rakyat Malaysia sendiri mengecam keras penganiayaan itu dan mahukan majikan Mantik dikenakan hukuman seberatberatnya mengikut undang-undang. Mantik Hani, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada 20 Oktober lepas dipercayai akibat didera oleh majikannya meninggal dunia Isnin lepas selepas enam hari dirawat. BERNAMA

Artikel Lain