suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosmah kini di Dubai untuk hadiri persidangan kepimpinan

DUBAI: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini berada di Dubai untuk mengambil bahagian dalam sebuah forum kepimpinan untuk wanita.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai awal hari ini disambut oleh Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Datuk Yahaya Abdul Jabar.

Turut berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan beliau ialah Konsul Besar Malaysia di Dubai Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin selain para pegawai kedutaan dan konsulat.

Rosmah dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Raya dan Deepavali bersama masyarakat Malaysia yang tinggal di UAE pada petang Sabtu.

Forum Wanita dalam Kepimpinan itu dijadual dirasmikan oleh Princess Haya Bint Al Hussein, isteri Naib Presiden UAE, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, di hotel Burj Al Arab pada Ahad. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain