suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 3,000 jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah

MADINAH: Seramai 3,439 orang jemaah haji Malaysia selamat tiba di sini setakat ini menerusi sembilan penerbangan sewa khas Tabung Haji.

Seorang jurucakap Tabung Haji berkata empat lagi pesawat dijangka mendarat di Terminal Haji Madinah hari ini yang membawa 1,600 lagi jemaah haji Malaysia. Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di sini pada Selasa dan mereka dijangka berada di Madinah selama lapan hari untuk menziarahi tempat bersejarah termasuk masjid dua kiblat dan Bukit Uhud sebelum berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah dan haji.

Bandar Madinah kini mula dibanjiri oleh ribuan jemaah haji terutama dari negara asia tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia serta jemaah dari Turki, India dan Pakistan. BERNAMA

Artikel Lain