suria

Asean mulakan rundingan dengan rakan dialog

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) bersalaman dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika sesi bergambar bersama ketua negara-negara Asia sebelum mesyuarat '12th Asean -Japan Summit' pada Sidang Kemuncak Asia Ke-15 di sini, hari ini. Sebanyak 14 negara termasuk empat rakan dialog utamanya menyertai persidangan itu. Sidang Kemuncak Asia tersebut antaranya membincangkan tentang isu-isu seperti kewangan, keselamatan makanan dan tenaga, pendidikan dan perubahan iklim.-Foto AFP

HUA HIN: Sepuluh negara anggota Asean menyambung kembali rundingan tahunan dengan empat rakan dialog utamanya di sini hari ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai mekanisma untuk meningkatkan hubungan, meningkatkan perdagangan serantau dan kerjasama kewangan.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini malam tadi selepas membentang Bajet 2010 di Dewan Rakyat, menyertai rakan sejawatannya dari lainlain negara Asean untuk Retreat Pemimpin Asean di Hotel Dusit Thani.

Najib juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun yang baru Yukio Hatoyama dan Presiden Bank Pembangunan Asia Haruhiko Kuroda.

Pemimpinpemimpin Asean itu akhirnya mengadakan mesyuarat dengan rakan dialog selepas ia ditangguhkan beberapa kali sebelum ini.

Sidang Kemuncak yang dirancang untuk diadakan dengan China, Jepun, Korea Selatan dan India, dan juga Sidang Kemuncak Asia Timur (EAs) yang turut membabitkan Australia dan New Zealand, tidak dapat diadakan pada Sidang Kemuncak Ke-14 Asean Februari lepas disebabkan oleh komitmen domestik negaranegera berkenaan.

EAS April lepas pula terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu venue mesyuarat di Pattaya, semasa pemimpinpemimpin dari negara berkenaan sudah tiba untuk memulakan persidangan venue tersebut.

Perdana Menteri Thailand yang juga tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke15 Abhisit Vejjajiva mengetuai lainlain pemimpin Asean pada Sidang Kemuncak ke-12 Asean China, untuk berbincang dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao.

Menurut para pegawai yang berkaitan, fokus mesyuarat dengan negara yang memiliki pembangunan ekonomi terpantas dunia dan rakan dagang yang penting itu, bertumpu kepada penubuhan Dana Asean-China Untuk Kerjasama Pelaburan, dan Kredit Komersil; di mana China bersetuju untuk memberi sumbangan US$10 bilion (US$1 = RM3.38) dan US$15 bilion masing-masing kepada inisiatif itu.

Para pemimpin itu juga akan menandatangani tiga Memorandum Persefahaman mengenai penubuhan Pusat AseanChina, MoU mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam bidang Standard, Peraturan Teknikal dan Penilaian Penyesuaian, serta MoU mengenai Kerjasama Bidang Harta Intelek.

Pemimpinpemimpin Asean itu kemudiannya akan berpeluang menemui Yukio yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Jepun buat pertama kali, di mana beliau dijangka memberi penerangan lebih lanjut mengenai rancangannya kepada negara-negara di Asia Timur untuk menubuhkan Komuniti Asia Timur.

Mesyuarat dengan Korea Selatan dijangka akan menyentuh mengenai kerjasama sserantau, antara lain berhubung inisiatif 'Low Carbon Green Growth'.

Sidang Kemuncak ketujuh AsiaIndia pula berlangsung dua bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Barangbarang Dagangan, yang membawa kepada semakan semula sasaran perdagangan dua hala kepada US$70 bilion pada tahun 2011. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain