suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terhempas di Sharjah, enam terbunuh

DUBAI: Sebuah pesawat kargo Sudan terhempas sejurus setelah berlepas dari lapangan terbang Sharjah pada Rabu, menyebabkan enam orang terbunuh, menurut media tempatan.

Pesawat Boeing 707 itu, yang dijadual menuju ke Khartoum, ibu negara Sudan, terhempas pada kira-kira 3 petang (7 ptg waktu Malaysia).

"Enam anak kapal, kesemuanya rakyat Sudan, maut bila pesawat itu terbakar sejurus selepas terhempas," Brig Humaid al Hudaidi, ketua pengarah polis Sharjah disebut sebagai berkata oleh akhbar the National, edisi online.

Sharjah ialah sebuah daripada tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu. Ia mempunyai akses mudah ke Dubai. BERNAMA

Artikel Lain