suria

Rosmah antara penyampai ucaptama di Forum Kepimpinan Wanita Dubai

DUBAI: Komitmen dan pengalaman Malaysia memperkasakan peranan wanita dalam agenda pembangunan negara akan dibicarakan oleh wanita pertama negara, Datin Seri Rosmah Mansor pada Forum Kepimpinan Wanita di sini.

Konsul Besar Malaysia di Dubai Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara tokoh yang tidak asing dalam usaha menggerakkan peranan wanita dalam masyarakat termasuk kepimpinan.

Rosmah, merupakan antara tokoh yang menyampaikan ucaptama, pada forum yang akan menghimpunkan kira-kira 300 pemimpin wanita dalam dunia politik dan perniagaan dari seluruh dunia, pada 25 hingga 27 Okt.

"Kehadiran beliau dan anggota delegasi Malaysia pada forum berkenaan menunjukkan hubungan dua hala yang erat dan cemerlang antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)," kata Syed Mohamad Hasrin.

Rosmah akan diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan serta isteri beberapa menteri dan pemimpin negeri serta pegawai kanan kerajaan.

Rosmah terlibat dalam inisiatif penubuhan organisasi dan pertubuhan di Malaysia yang memperjuangkan nasib wanita, kanak-kanak, penjagaan kesihatan, pendidikan dan beberapa bidang utama lain.

Antara lain, beliau merupakan Canselor Universiti Industri Selangor, Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Pengerusi Permata Negara, satu inisiatif bagi pendidikan awal kanakkanak dan pendidikan.

Sebelum menghadiri forum itu, Rosmah turut mengambil kesempatan berada di Dubai untuk menemui rakyat Malaysia pada majlis sambutan Hari Raya dan Deepavali.

Syed Mohamad Hasrin berkata wanita dianggap satu isu penting di Malaysia sehingga satu kementerian khusus diwujudkan bagi kaum itu pada 2001 untuk meneruskan fokus kepada isuisu wanita yang diberikan tumpuan oleh kerajaaan Malaysia sejak merdeka.

Dengan sejumlah 49.1 peratus atau 13.9 juta daripada 27 juta penduduk Malaysia adalah wanita, Konsul Besar itu berkata kaum itu merupakan aset penting negara.

"Justeru, pelaburan dalam halhal wanita merupakan satu kewajaran ekonomi," katanya.

Forum itu akan dirasmikan oleh Puteri Haya Bint Al Hussein, isteri Naib Presiden UAE Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga Pemerintah Dubai di Hotel Burj Al Arab pada Ahad.

Sesi persidangan dan bengkel interaktif akan berlangsung pada Isnin dan Selasa di Hotel Atlantis.

Para penceramah jemputan akan menyentuh isuisu seperti wanita dalam bidang sains dan teknologi, pembiayaan kredit mikro, dermawan korporat serta kuasa media.

"Menerusi perhimpunan para pemimpin politik, tokoh akademik dan ahli perniagaan peringkat serantau dan antarabangsa, objektif kami adalah untuk memberi inspirasi kepada wanita supaya menggunakan kemahiran kepimpinan mereka dan menyokong wanita dan bidang keusahawanan," kata Sophie Le Ray, Ketua eksekutif Naseba, penganjur forum itu.

Beliau berkata Naseba berhasrat untuk menjadikan ia satu pertemuan tahunan bagi ahli perniagaan wanita untuk meluaskan rangkaian hubungan, berkongsi pengalaman dan memudahkan urusan perniagaan di kalangan mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain