suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengeluaran wang di tanah suci bagi jemaah haji dipermudah

MADINAH: Jemaah haji Malaysia tidak perlu risau mengenai pengeluaran wang semasa berada di tanah suci kerana Tabung Haji telah memudahkan cara untuk berbuat demikian menerusi kaunter yang dikendalikan petugas kewangan Tabung Haji.

Pengarah Operasi Kewangan Muhamad Rani Saidali berkata jemaah haji hanya perlu mengemukakan tag nama masing-masing setiap kali membuat transaksi daripada akaun Tabung Haji mereka.

Beliau berkata semua kaunter dibuka dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 4 petang hingga 10 malam setiap hari.

Bercakap kepada petugas media yang membuat liputan musim haji tahun ini, beliau berkata kaunter pengeluaran disediakan di setiap hotel penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah.

"Setiap pengeluaran adalah dalam bentuk mata wang riyal Arab Saudi bagi memudahkan jemaah haji membuat perbelanjaan yang diperlukan tanpa perlu membuat pertukaran di syarikat pengurup wang," katanya.

Muhamad Rani berkata pihaknya tidak menetapkan had bagi setiap transaksi namun beliau menasihati jemaah haji supaya jangan mengeluarkan wang yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

"Seelok-eloknya pengeluaran wang hendaklah mengikut keperluan pada hari-hari tertentu bagi mengelak daripada berlakunya pelbagai masalah seperti wang hilang dan sebagainya," katanya. BERNAMA

Artikel Lain