suria

Hamid Karzai perlu selesai isu pilihan raya

KABUL: Pegawai kanan asing di Afghanistan memberi tekanan kepada Presiden Hamid Karzai supaya menyelesaikan isu pertikaiaan pilihan raya kerana dikatakan telah menghakis usaha Barat bagi menstabilkan negara itu semasa kebangkitan pemberontakan Taliban.

Tuduhan peniouan dalam pilihan raya pada 20 Ogos lalu menyebabkan Afghanistas menjadi sebuah negara yang menghadapai masalah politik hingga Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memutuskan untuk menghantar lebih ramai pasukan bagi membanteras Taliban.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat AS, John Kerry berkata, Washington tidak sepatutnya meneruskan strategi baru Afghanistan itu yang melibatkan penghantaran lebih ramai pasukan tentera di Kabul.

Kerry yang tewas dalam kempen jawatan presiden kepada George W. Bush pada 2004 adalah antara pelawat tertinggi ke Afghanistan sebelum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Bukan menjadi tanggungjawab Presiden AS untuk menghantar lebih ramai pasukan tentera ke negara ini, apabila kami malahan tidak mempunyai satu pilihan raya yang sempurna dan tahu siapa sebenarnya presiden serta tahu kami bekerjasama dengan kerajaan yang bagaimana," katanya dalam satu temubual dengan CNN.

Pilihan raya merupakan satu elemen penting dalam rancangan Barat untuk memantapkan Afghanistan.

Lebih daripada 100,000 askar-askar asing berada di Afghanistan berjuang menentang Taliban, namun keraguan terhadap kerajaan pimpinan Karzai telah merosakkan sokongan terhadap usaha AS, Britain dan beberapa negara lain yang terlibat.

Seorang pegawai Barat berkata satu pusingan pilihan raya kedua 'ada pada radar skrin yang menyebabkan ia dilewatkan dan terdapat juga rundingan tegang.

Malah ada juga pihak yang berkata telah menemui bukti wujudnya penipuan.

Jika bukti itu tidak benar, Karzai akan diumumkan sebagai pemenang dan beliau layak membentuk sebuah kerajaan baru. Reuters

Artikel Lain