suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badan meteorologi nafi sebar berita gempa di Jakarta pada 24 Okt

JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatoloogi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menafikan membuat atau menyebar berita kononnya akan berlaku gempa bumi besar di Jakarta pada 24 Okt, yang kini meresahkan warga ibu negara Indonesia ini.

Ketua BMKG Dr Sri Woro B. Harijono berkata berita kononnya akan terjadi gempa besar berkekuatan sehingga 8.5 pada skala Richter (SR) itu tidak benar dan BMKG tidak pernah mengeluarkan berita seperti itu.

"Berita itu hanya isu dan membohongi masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau menegaskan perlu diketahui bahawa sampai saat ini gempa bumi tektonik belum mampu diramalkan secara ilmiah dengan baik.

"Jika benar gempa bumi memang dapat diramalkan tentunya kejadian seperti gempa bumi di Tasikmalaya (7.2 SR) dan gempa di Sumatera Barat (7.9 SR) sebelum ini sudah dapat diketahui sebelum ianya terjadi.

"Oleh kerana itu isuisu serupa tidak perlu dihiraukan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain