suria

Najib pengerusikan mesyuarat BIMPEAGA di Thailand Ahad ini

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai perbincangan empat negara mengenai pelbagai inisiatif pada Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei Darussalaman-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMPEAGA), di Hua Hin, Thailand, Ahad ini.

Najib ialah pengerusi sidang kemuncak itu tahun ini. Mesyuarat akan memberi tumpuan terhadap inisiatif BIMPEAGA yang mahu menjadikan sub-rantau terbabit sebagai Destinasi Tunggal Eko-pelancongan dan Bakul Makanan untuk 10 negara anggota Asean serta negara lain di Asia.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Mindanao (MEDCo) berkata sidang kemuncak itu akan mengetengahkan isu-isu seperti mewujudkan peluangpeluang kerjasama dalam pengeluaran makanan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKs), meningkatkan hubungan sesama EAGA, mempromosikan subrantau itu sebagai destinasi pelancongan serta meluaskan usaha sama strategik BIMPEAGA.

Mesyuarat itu juga akan mengetengahkan maklumat terkini serta pelbagai kejayaan hasil Sidang Kemuncak Pemimpin BIMPEAGA Kelima yang turut berlangsung di Thailand pada 28 Februari lepas.

Selari dengan peluasan usaha sama subrantau, Kerangka Kerja Kerjasama Ekonomi (FoEC) antara BIMPEAGA dan China sudah disediakan dan akan dimeterai esok, sehari sebelum sidang kemuncak berkenaan, demikian menurut kenyataan itu.

Bidang kerjasama termasuk pertanian, perhutanan, perikanan, pelancongan, penerokaan bahan mineral, tenaga serta sumber asli lain, infrastruktur, pembangunan sumber manusia, pembangunan sumbersumber alternatif bahan api serta kewangan.

Sidang Kemuncak Pemimpin BIMPEAGA ialah acara tahunan empat Ketua Kerajaan subrantau bagi memperbaharui komitmen dan kerjasama mendalam dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.

Sidang kemuncak itu juga adalah tempat untuk pemimpin EAGA membincangkan dan bertukar-tukaran idea mengenai pelbagai isu sub rantau yang mempunyai kepentingan bersama.

Pada mesyuarat tidak rasmi pegawai kanan (SOM) yang berlangsung di Melaka pada 14 Okt. empat negara anggota EAGA bertemu bagi memuktamadkan agenda dan persiapan untuk sidang kemuncak itu.

Sementara itu, Presiden Filipina Gloria MacapagalArroyo, bersamasama Senator Miriam Santiago, Setiausaha Perdagangan Peter Favila, Setiausaha Luar, Alberto Romulo, Penasihat Presiden bagi Mindanao dan Menteri Pemeteraian EAGA Filipina Jesus Dureza, Pengerusi MEDCo Virgilio Leyretana dan Setiausaha Rendah Perdagangan, Merly Cruz serta pegawai kanan Filipina bagi sidang kemuncak BIMPEAGA, pada sidang kemuncak itu.

Ditubuhkan pada 1994, BIMPEAGA ialah perkumpulan empat negara yang secara kolektif mahu memajukan ekonomi sub-rantau berkenaan.

Dengan anggaran 50 juta penduduk di kawasan seluas 1.5 juta kilometer persegi tanah di empat negara berkenaan, BIMPEAGA ialah kerjasama subrantau terbesar. BERNAMA

Artikel Lain