suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan bantuan kemanusian Malaysia diserbu penduduk

PADANG: Pasukan bantuan kemanusiaan Malaysia ke kawasan dilanda gempa bumi di Desa Kasiak Putih, Cubadak Air, Pariaman Utara di sini diserbu puluhan penduduk yang rata-rata memerlukan bantuan perubatan dan makanan.

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Padang Sophian Isswandy Ismail berkata pasukan itu terdiri daripada dua doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa lebih dua tan bekalan seperti ubat-ubatan, makanan, minuman dan selimut.

"Penduduk kampung itu terpaksa membuat khemah dan tidur beramai-ramai di luar rumah kerana rumah mereka musnah teruk, cuaca panas terik ketika siang dan sejuk pada malam hari serta keadaan persekitaran yang tidak bersih membuatkan mereka terdedah kepada penyakit.

"Ramai juga antara mereka di situ mengalami penyakit kulit selain demam, sakit tekak dan batuk terutamanya kanak-kanak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sophian Isswandy berkata pihaknya akan meneruskan misi bantuan ke beberapa kampung sekitar Pariaman kerana bantuan ke kawasan yang terletak kira-kira 60km dari Padang itu belum menyeluruh dan masih ramai penduduk yang tidak mendapat bantuan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain