suria

Jumlah kematian akibat gempa Padang kini 803 orang

JAKARTA: Jumlah mangsa yang mati dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 7.9 skala Richter (SR) pada 30 Sept meningkat menjadi 803 orang setakat tengah hari Sabtu ketika kaum keluarga masih berharap menemui jasad 241 orang lagi yang dilapor masih hilang.

Data Badan Penanganan Bencana Sumatera Barat setakat malam tadi menunjukkan 891 orang cedera parah dan 1,365 orang cedera ringan.

Lebih 133,000 rumah mengalami kerosakan teruk, runtuh atau hancur sepenuhnya dan lebih 110,000 yang lain mengalami pelbagai kerosakan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) pula hari ini dilapor membuat pembetulan tahap gempa bumi daripada yang disebutkan pada mulanya berkekuatan 7.6 SR kepada 7.9 SR. Hari ini, bekalan elektrik di Kota Padang mahupun Pariaman dilapor pulih hampir sepenuhnya termasuk lampulampu jalan manakala penjualan minyak juga kembali seperti biasa.

Hanya bekalan bekalan air bersih yang masih diperbaiki. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain