suria

Hatoyama dipilih Perdana Menteri Jepun yang baru

TOKYO: Ketua Pembangkang, Yukio Hatoyama dipilih sebagai Perdana Menteri Jepun pada Rabu, sambil berjanji akan mencergaskan semula ekonomi negara itu dan merombak kerajaan selepas lebih 50 tahun diperintah oleh konservatif.

Kemenangan Hatoyama menandakan peralihan yang besar bagi Jepun yang kini sedang berhadapan dengan kelembapan ekonomi paling teruk sejak Perang Dunia Kedua, dengan mencatatkan pengangguran yang tinggi dan kejatuhan gaji.

Hatoyama berjanji akan menghentikan langkah pembaziran kerajaan, mengawal birokrasi negara dan memulakan semula ekonomi dengan membekukan langkah cukai terancang, menghapuskan tol di lebuhraya dan memberi fokus kepada polisi pengguna, dan bukannya perniagaan besar.

Beliau juga berikrar akan memperbaiki hubungan turun naik Tokyo dengan negara-negara Asian yang seringkali berlaku dan memajukan polis asing yang lebih bebas daripada Washington.

Parlimen Jepun mengadakan sidang khas untuk melantik Hatoyama sebagai Perdana Menteri secara rasmi selepas partinya, Parti Demokratik Jepun memenangi pilihan raya parlimen bulan lalu. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain