suria

12 mati, 25 hilang dalam banjir besar di Sumatera Utara

JAKARTA: Dua belas orang mati manakala 25 yang lain hilang dalam banjir besar yang melanda daerah kecil Mandailing Natal, Sumatera Utara sejak pagi semalam.

Banjir yang bermula pukul 2 pagi semalam dengan air mencapai ketinggian lebih dua meter itu juga mengakibatkan kira-kira 2,000 keluarga terpaksa dipindahkan.

"Pasukan petugas kesihatan daerah sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian, yang jaraknya 8 jam perjalanan dari Mandailing Natal," kata Ketua Pusat Pengendalian Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya menerusi SMS kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata Pusat Penanganan Krisis Wilayah Medan juga akan segera ke tempat kejadian dengan membawa beg-beg mayat, makanan dan ubat-ubatan, yang dijangka mengambil masa selama 14 jam.

Kementerian Kesihatan juga akan menghantar pegawainya ke sana untuk bekerjasama dengan pasukan dari Badan Nasional Penanganan Bencana, katanya.

Belum ada laporan terkini mengenai keadaan semasa banjir sehingga tengah hari ini mahupun mangsa dan pemindahan.BERNAMA

Artikel Lain