suria

Mustapa minta India cari persetujuan negara ahli WTO

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed telah meminta India selaku Pengerusi Mesyuarat Tidak Rasmi Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di New Delhi untuk mengetuai usaha bagi mencari persetujuan dari ahliahli negara utama.

Ini dapat menjadi penunjuk kepada dunia mengenai pentingnya mesyuarat ini dalam menggerakkan proses Agenda Pembangunan Doha ke hadapan, kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian di sini hari ini.

Sejumlah 35 negara termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Brazil, China dan Jepun menyertai mesyuarat dua hari yang berakhir semalam untuk bekerjasama ke arah menggerakkan semula perundingan Pusingan Doha dengan matlamat agar rundingan itu dapat dimuktamadkan pada 2010.

Rundingan Pusingan Doha telah menjadi agenda utama bagi pelbagai mesyuarat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, kenyataan politik daripada mesyuaratmesyuarat peringkat menteri ini masih belum dapat diterjemahkan sepenuhnya kepada tindakan kukuh bagi memajukan rundingan berkenaan.

Pada mesyuarat yang berlangsung di New Delhi itu, Mustapa telah menekankan akan pentingnya untuk beralih daripada kenyataan dan retorik sematamata ke arah memberi tumpuan kepada usaha konkrit supaya dapat memajukan rundingan yang telah tertangguh.

Beliau turut menegaskan bahawa cabaran kepada WTO adalah untuk meneruskan kesinambungan kemajuan yang telah dicapai dalam rundingan 2008 serta mempertingkatkan usaha untuk memuktamadkan modaliti rundingan pertanian dan rundingan barangan perindustrian.

Isuisu yang telah dipersetujui sebelum ini tidak perlu dibincangkan lagi, kata beliau.

Beliau juga berpendapat bawah program kerja terperinci bagi Pusingan Doha dapat membantu para pegawai meningkatkan usaha dalam memajukan rundingan, termasuk kemajuan yang seiring dalam isuisu rundingan perkhidmatan, peraturan, hak harta intelek dan isuisu lain.

Di samping meneroka kemungkinan pilihan yang ada untuk merapatkan jurang dalam rundingan, termasuk melalui penglibatan dalam mesyuarat secara dua hala dan "plurilateral", adalah penting supaya semua negara ahli dimaklumkan akan tahap kemajuan rundingan supaya proses ketelusan adalah terjamin.

Dianggarkan penyelesaian Pusingan Doha akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar global sebanyak AS$300 bilion hingga AS$700 bilion setahun sementara eksport dunia dapat dipertingkatkan dalam lingkungan AS$180 bilion hingga AS$520 bilion setahun.

Perundingan ini, bagaimanapun, tertangguh sejak Julai 2008 apabila negara-negara membangun dan maju gagal mencapai kata sepakat mengenai isuisu tertentu termasuk mekanisme keselamatan bagi melindungi pasaran baru muncul dan akses pasaran bukan pertanian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain