suria

Ketua Menteri Andhra Pradesh terbunuh dalam nahas helikopter

NEW DELHI: Ketua Menteri Andhra Pradesh yang cukup berpengaruh Y.S.Rajasekhara Reddy terbunuh selepas helikopter yang membawa beliau bersama empat yang lain terhempas di Nallamal Hills ekoran cuaca buruk, kelmarin.

Mayat semua penumpang helikopter Bell 430 yang malang itu ditemui oleh pasukan penyelamat India berhampiran dengan bangkai helikopter berkenaan pagi semalam, selepas hampir 24 jam kejadian.

Kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, Reddy, 60, berlepas ke daerah Chittoor, kirakira 600 km dari ibukota Hyderabad untuk menemui penduduk di kawasan luar bandar itu bagi memeriksa sekiranya mereka mempunyai bekalan air yang mencukupi, di samping memeriksa pembahagian kadkad ransum (untuk membeli barangbarang keperluan).

Menurut berita televisyen kerajaan, Doordashan, helikopter itu dipercayai terhempas kirakira sejam selepas berlepas, namun pencariannya beberapa jam kemudian menemui jalan buntu memandangkan kawasan itu dipenuhi dengan hutan tebal.

Mayat Reddy, pembantu khasnya P. Subramaniam, Ketua Setiausaha A.S.C.Wesley, juruterbang Kapt S.K.Bhatia dan pembantu juruterbang M.S.Reddy ditemui berhampiran dengan helikopter itu, kirakira 40 batu nautika dari daerah Kurnool di selatan negara.

Reddy, penyokong kuat parti Kongres mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal 2009-2014 Mei lepas. Majlis pengebumiannya dijadualkan pada hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain