suria

A (H1N1): Budak lelaki mangsa ke-17 di Singapura

SINGAPURA: Seorang budak lelaki berusia enam tahun menjadi mangsa ke17 Influenza A (H1N1) di Singapura apabila meninggal dunia di sebuah hospital tempatan semalam.

Kementerian Kesihatan berkata kanakkanak lelaki itu juga menghidap leukemia yang teruk dan mati akibat radang paruparu Influenza A (H1N1).

Kementerian juga berkata pada masa ini terdapat 24 orang dirawat di beberapa hospital di bandar ini kerana selesema, termasuk enam di Unit Rawatan Rapi.

Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di poliklinik kerana masalah pernafasan yang teruk menurun daripada 15,720 kes pada minggu ketiga bulan lepas kepada 14,296 minggu lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain