suria

Parti Demokratik menang selesa, mula bentuk Kabinet

MENANG... Yukio Hatoyama, ketua Parti Demokratik, parti pembangkang yang mencapai kemenangan semalam, meletakkan roset pada papan kenyataan keputusan di pusat operasi parti itu di Tokyo semalam. AP

TOKYO: Ketua parti pembangkang yang memperoleh kemenangan selesa dalam pilihan raya umum semalam dengan mengetepikan Parti Demokratik Liberal (LDP), yang berkuasa lebih 50 tahun, Yukio Hatoyama hari ini mengambil langkah segera untuk membentuk Kabinetnya.

Ini kali kedua LDP ditumbangkan daripada tampuk kuasa negara itu.

Dalam ucapan kemenangannya lewat malam tadi, Hatoyama berkata, beliau akan memfokus terhadap proses peralihan kuasa yang lancar.

Katanya, keutamaan beliau sekarang ialah melantik menteri kewangan yang baru bagi Jepun.

Undi sedang dikira tetapi tinjauan umum oleh organisasi-organisasi media utama menunjukkan Parti Demokratik pimpinan Hatoyama memperoleh lebih 300 daripada 480 kerusi dewan rendah Parlimen yang dipertandingkan.

Penguasaan itu sudah cukup untuk memastikan beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri Jepun semasa sesi Parlimen khas yang dijangka pertengahan bulan depan.

Perdana Menteri Taro Aso yang mengakui kekalahan partinya semalam memberitahu bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden LDP.

Pilihan raya dewan atas Parlimen akan berlangsung tahun depan. AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain