suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UNICEF perlu RM21.5 juta bagi bantu mangsa konflik Yemen

DUBAI: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah melancarkan rayuan untuk mengumpul US$6.1 juta (RM21.5 juta) bagi memenuhi keperluan wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat konflik bersenjata di wilayah Saada, utara Yemen.

Hampir separuh daripada dana itu akan membantu menyediakan kemudahan bekalan air bersih, sistem pembuangan najis dan kebersihan bagi pelarian di tempat sendiri dan masyarakat sekitarnya.

Wakil UNICEF di Yemen, Aboudou Karimou Adjibade berkata kanak-kanak telah teruk terjejas dengan konflik itu dan kejadian itu akan menghantui mereka untuk beberapa tahun akan datang.

"Komuniti antarabangsa perlu bersama-sama membantu kesemua kanakkanak itu yang tidak mempunyai akses atau terhad untuk mendapatkan makanan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan," katanya dalam kenyataan.

Rayuan itu adalah sebahagian daripada rayuan antara agensi oleh PBB bagi mengumpul hampir US$23.5 juta (RM82.9 juta) bagi meliputi keperluan kemanusiaan sehingga akhir tahun ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain