Seorang terbunuh dalam pengeboman kereta di Selatan Thailand - Dunia | mStar

Seorang terbunuh dalam pengeboman kereta di Selatan Thailand

BANGKOK: Seorang polis sempadan terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kejadian pengeboman kereta di wilayah selatan Thailand yang bergolak, hari ini.

Seorang jurucakap tentera Thailand berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi apabila sebuah trak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu meletup di luar sebuah restoran.

Beliau berkata kumpulan pemisah yang bertanggungjawab dalam kejadian itu mensasarkan serangan terhadap tiga anggota polis sempadan yang tiba di tempat kejadian dengan sebuah trak untuk membeli barang di sebuah kedai berhampiran.

"Berat bom itu adalah antara 32 dan 50kg, dan kumpulan pemisah menggunakan walkie talkie untuk mencetuskan letupan, yang mengakibatkan sebuah trak dan kedai berhampiran mengalami kerosakan teruk," katanya.

Polis sempadan berumur 24 tahun terbunuh dalam kejadian itu akibat terbakar seluruh badannya, manakala dua lagi rakannya cedera teruk.

Wilayah bergolak di selatan negara itu sering menjadi sasaran serangan letupan kereta, termasuk satu kejadian di Pattani semalam yang membunuh seorang lelaki, dan seminggu lalu di Narathiwat yang mencederakan 42 orang.

Lebih 3,500 orang terbunuh dalam keganasan harian di selatan Thailand sejak kumpulan pemisah menyambung kempen bersenjata mereka pada Januari 2004 untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah majoriti Muslim yang terdiri daripada Yala, Pattani dan Narathiwat.

Bangkok menghantar lebih 66,000 anggota keselamatan ke wilayah yang bersempadan dengan Malaysia itu, namun ia berhadapan dengan pelbagai kesukaran dalam menghadapi musuh yang menggunakan taktik gerila, pengeboman dan tembakan rambang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain