suria

Singapura pinjamkan AS$2 bilion kepada IMF

SINGAPURA: Singapura akan menyumbangkan AS$2 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membantu badan dunia itu meningkatkan kapasiti pinjamannya, menurut Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAs) hari ini.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata bank pusat republik itu berkata sumbangan itu berbentuk pinjaman luar jangka kepada IMF di bawah Peraturan Baru Meminjam (NAB).

Ia berkata pinjaman itu adalah satu peningkatan sebanyak AS$1.5 bilion daripada sumbangan sedia adanya di bawah NAB.

Pengarah Urusan MAS Heng Swee Keat berkata keputusan Singapura mengambarkan komitment berterusannya kepada IMF.

"IMF memainkan peranan penting dalam membantu negaranegara menghadapi tekanan luar jangka dalam pembayaran luaran mereka, dan untuk mengekalkan kestabilan kewangan sedunia," katanya.

Singapura telah menjadi penyumbang kepada NAB semenjak penubuhannya pada 1998. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain