suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Thai ditangkap palsukan pasport Malaysia

BANGKOK: Sepasang suami-isteri warga Thai ditangkap di sempadan bandar Sadao, Songkhla, pada Isnin kerana didakwa melakukan penyeludupan manusia menggunakan pasport Malaysia yang dipalsukan.

Akhbar tempatan pada Selasa melaporkan pasangan itu terbabit dalam kegiatan memalsukan pasport dan membekalkan pekerja Thai untuk bekerja di Malaysia menggunakan pasport palsu.

Modus operandi mereka terbongkar selepas seorang remaja perempuan yang ditangkap dan dipenjarakan di Malaysia kerana memasuki negara ini menggunakan pasport Malaysia palsu, melaporkan kepada polis Thai.

Menurut jurucakap polis, remaja itu memaklumkan kepada polis selepas dia kembali ke Thailand.

Pasukan polis yang menyerbu rumah suspek menjumpai 12 pasport Malaysia palsu, 42 kad Imigresen Malaysia, 10 kad Imigresen Thailand, cop, tiga telefon bimbit dan beberapa dokumen palsu.

"Mereka juga menggunakan cecair pemadam untuk menukar maklumat di dalam pasport.

Mangsa diberitahu semua dokumen tersebut adalah sah bagi membolehkan mereka bekerja di Malaysia," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain