suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dubai bakal bina menara kediaman tertinggi dunia

DUBAI: Keghairahan Dubai terhadap bangunan tinggi semakin meningkat dengan berita bahawa apa yang dikatakan sebagai menara kediaman tertinggi dunia, Pentominium, bakal dibina di Dubai Marina.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mempunyai bangunan tertinggi di dunia yang akan siap tidak lama lagi, Burj Dubai.

Kontrak bernilai 1.46 bilion dirham (AS$400 juta) untuk membina menara kediaman setinggi 124 tingkat telah diberikan kepada Arabian Construction Company (ACC), demikian menurut kenyataan syarikat.

Dibangunkan oleh Trident International Holdings, Pentominium, dijangka menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Dubai.

Setiap kondominium di menara setinggi 618 meter itu akan terdiri daripada sama ada setengah tingkat atau keseluruhan tingkat.

Kawasan binaan menara ialah 170,000 meter persegi dan akan mengambil masa 48 bulan untuk dibina.

Nama Pentominium itu adalah gabungan dua perkataan iaitu "penthouse" dan kondominium. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain