suria

15 sekeluarga terkorban kemalangan antara trak dan bas

ALGIERS (Algeria): Seramai 16 orang termasuk 15 sekeluarga terbunuh dalam satu kemalangan di antara sebuah trak setengah tan dan sebuah bas yang sedang menghala ke pantai.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan, pemandu trak tersebut terbunuh dalam kemalangan itu dan empat kanak-kanak turut terkorban.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan yang berlaku kira-kira 650 km di barat bandaraya Algiers itu.

Polis berkata, purata 40 orang terbunuh setiap minggu dalam kemalangan jalan raya di negara Afrika Utara itu.

Kelalaian, keadaan jalan yang teruk dan kenderaan yang uzur disenaraikan sebagai punca yang menyumbang kepada kematian yang tinggi akibat kemalangan jalan raya. AP

Artikel Lain