suria

19 banduan maut, 20 cedera dalam pergaduhan penjara Mexico

MEXICO CITY: Seramai 19 banduan terkorban manakala 20 lagi cedera dalam satu pergaduhan di sebuah penjara di utara Mexico, dipercayai membabitkan banduan yang dipenjarakan kerana tuduhan dadah atau jenayah terancang.

Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Durango, Barbara Ramirez berkata, hanya banduan yang terbunuh dan cedera tanpa melibatkan pengawal keselamatan dalam pergaduhan di penjara di bandar Gomez Palacio, yang terletak kira-kira 135 batu (220 km) di selatan sempadan Texas itu.

Setiausaha Keselamatan Awam Negeri, Jorge Torres Castillo dalam satu temuramah dengan rangkaian televisyen Televisia berkata, pergaduhan itu adalah "pertelingkahan untuk dominan" di kalangan banduan penjara itu.

Katanya, ia berlaku disebabkan kehadiran suspek kes dadah dan jenayah terancang yang menghadapi dakwaan peringkat pusat di bawah pelaksanaan negeri serta kawalan keselamatan penjara yang lemah.

"Kami mempunyai jumlah penjenayah jenayah terancang yang tinggi," katanya.

"Saya rasa, sememangnya banduan pusat yang mengganggu dinamik dalaman penjara dan mereka meletakkan pihak pentadbiran dalam risiko yang berterusan."

Ramirez berkata, semua peralatan di penjara itu selamat dan tiada sebarang kejadian banduan melepaskan diri dilaporkan.

Artikel Lain