suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asean dan India tandatangani FTA

BANGKOK: Selepas beberapa kali berunding dalam tempoh lebih enam tahun, Asean dan India menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mengharapkan peningkatan perdagangan antara keduadua negara itu kepada AS$60 bilion menjelang 2016.

Di bawah perjanjian ini, negaranegara anggota Asean dan India akan menghapuskan tarif import ke atas lebih 80 peratus daripada produk yang didagangkan di antara 2013 dan 2016.

Tarif ke atas barangan sensitif akan diturunkan kepada lima peratus pada 2016 manakala tarif ke atas hingga 489 barangan yang amat sensitif dikekalkan.

Upacara menandatangani perjanjian itu berlangsung pada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi Asean (AEM) ke41 di sini. Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma menandatangani bagi pihak negaranya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain