suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes flu H1N1 Singapura meningkat ke 100

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 26 lagi kes baru Influenza A H1N1 (yang ke 78 hingga 103), termasuk tiga yang dikesan mendapat jangkitan di Singapura.

Dua puluh dua kes melibatkan pengembara yang pulang dari negara asing sementara satu kes ialah hubungan rapat dengan kes-kes yang disahkan lebih awal, demikian menurut Kementerian kesihatan malam ini.

Kes-kes terbaru menjadikan jumlah kes yang disahkan keseluruhannya di Singapura kepada 103.

Kewarganegaraan 22 kes import ialah: 14 orang Singapura - dua pemastautin tetap Singapura (seorang warga Malaysia, seorang Briton), enam orang asing (dua Filipina, seorang Amerika, seorang Australia, seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat New Zealand).

Kementerian itu berkata mereka telah berkunjung ke Amerika Syarikat, Australia, Filipina, Thailand, Indonesia dan Malaysia. BERNAMA

Artikel Lain