suria

Empat pemberontak ditembak mati di Selatan Thai

BANGKOK: Pasukan keselamatan Thai menembak mati empat orang yang dipercayai pemberontak di daerah Bannang Sata di Yala semalam, kata jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 yang berpangkalan di Yala, Kol Parinya Chaidilok.

Katanya keempat-empat orang itu terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan manakala empat lagi ditangkap.

Kejadian itu berlaku di Ban Ngotapo.

Lebih daripada 3,500 orang, kebanyakan orang awam, terbunuh dalam keganasan sejak kumpulan pemisah menyambung semula kempen bersenjata pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan di Yala, Pattani dan Narathiwat yang majoriti penduduknya adalah orang Islam.

Bangkok telah mengerahkan lebih daripada 60,000 tentera ke wilayah selatan bagi menamatkan konflik itu tetapi berdepan dengan masalah kerana pemberontak menggunakan taktik gerila, pengeboman jalanan dan perbuatan membakar kemudahankemudahan kerajaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain