suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: WHO mengisytiharkan pandemik influenza abad ke-21

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan pandemik Influenza A (H1N1) sekali gus menasihatkan negara anggotanya bersedia untuk berdepan dengan jangkitan penyakit secara besar-besaran.

Tahap amaran tertinggi dinaikkan WHO daripada fasa lima kepada enam selepas satu mesyuarat tergempar mengenai H1N1 diadakan di sini.

"Dengan pengumuman hari ini, WHO kini akan beralih kepada tindakan jangka panjang. Berdasarkan pengalaman lampau, pandemik ini akan kekal untuk beberapa bulan, jika bukan tahun mendatang," kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan dalam satu kenyataan kepada stafnya.

Chan dalam satu sidang akhbar memberitahu, mereka yang berumur antara 30-50, perempuan hamil, penghidap penyakit kronik seperti asma, kencing manis dan obesiti adalah berisiko paling tinggi.

Virus tersebut telah membunuh 109 orang di Mexico - tempat virus itu dikesan pada April lalu sebelum merebak ke seluruh dunia. REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Lain