suria

3 mayat nahas pesawat Air France ditemui, jumlah keseluruhan 44

RECIFE (Brazil): Tiga mayat nahas pesawat Air France yang terhempas minggu lalu ditemui semalam menjadikan jumlah keseluruhan mayat ditemui sebanyak 44.

Jeneral Tentera Udara Brazil, Ramon Cardoso berkata, hujan ribut melanda lokasi pencarian dan ombak kuat menyelerakkan serpihan pesawat tersebut.

Katanya, tinjauan udara turut terjejas ekoran darjah penglihatan yang berkurangan.

"Ia menjadi semakin sukar untuk mencari mayat-mayat," katanya selepas 11 hari kemalangan tersebut berlaku di Lautan Atlantik.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mula mengenalpastikan nama mayat-mayat tersebut yang bertaburan dan mengaitkan mereka dengan tempat duduk di pesawat.

Ini penting untuk mengesahkan sama ada pesawat tersebut berpecah-pecah di ruang udara. AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain