suria

Kes H1N1 di Australia meningkat kepada 20 kes

MELBOURNE Kanak-kanak sekolah yang pulang dari negaranegara yang diserang Influenza A(H1N1) akan dikuarantin, dengan 20 kes kini disahkan di seluruh Australia.

Tiga belas kes ialah di Victoria, di mana tiga sekolah ditutup dan dua yang lain mengarahkan pelajarnya pulang ke rumah.

Di Australia Selatan, di mana seorang ibu dan anak perempuannya didiagnosis, dua sekolah telah ditutup.

Victoria, Australia Selatan, New South Wales, Australia Barat, Queensland dan Canberra mengumumkan semua kanakkanak sekolah yang pulang dari Amerika Syarikat, Canada, Mexico, Panama dan Jepun agar tidak ke sekolah selama tujuh hari.

Menteri Kesihatan Australia Nicola Roxon mempertahankan langkah itu.

"Kami mendapat kerjasama baik dari orang ramai sehingga ini dan daripada ibu bapa," beliau disebut oleh Australian Associated Press.

"Saya sedar ini menimbulkan kesulitan kepada ramai orang tetapi kami percaya ini satu daripada cara paling berkesan untuk cuba mengurangkan penyakit itu dari merebak".

Ketua pegawai perubatan Australia Professor Jim Bishop berkata menyekat pelajar berisiko dari datang ke sekolah adalah lebih baik daripada terpaksa menutup seluruh institusi itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain