suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura catat kes pertama influenza A (H1N1)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes pertama influenza A (H1N1) melibatkan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang dijangkiti virus itu selepas melawat New York, Amerika Syarikat.

Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini berkata, wanita itu berada di New York daripada 14 hingga 24 Mei lalu dan dilaporkan mula mengalami batuk-batuk semasa dalam perjalanan ke Singapura awal minggu ini.

Kementerian menyatakan, pihaknya telah melakukan kuarantin terhadap individu-individu yang berhubung rapat dengan wanita itu dan sedang mencari penumpang-penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dari New York. - AP

Artikel Lain