suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghidap Influenza A H1N1 di China meningkat kepada sebelas

BEIJING: Kes Influenza A (H1N1) positif di China meningkat kepada 11 termasuk tiga yang disahkan pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan di laman webnya. Ia menyatakan lima dari 11 kes itu ialah dari ibu negara ini.

Tiga kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun dikenali sebagai Chang dari Beijing yang baru saja pulang dari lawatan ke Toronto, Canada pada Khamis kerana menziarahi saudara mara.

Seorang lagi ialah pelajar berusia 19tahun yang belajar di Amerika Syarikat dan baru saja pulang ke Wenzhou, Zhejiang dengan penerbangan sambungan di Shanghai selepas tiba dari New York pada 4.30 pagi Khamis lepas.

Ketiga ialah lelaki berusia 30tahun yang bekerja dengan sebuah syarikat milik Australia di Kawasan Baru Pudong, Shanghai, dan dikesan semasa tiba dari Melbourne, Australia pada Sabtu pagi di Lapangan Terbang Pudong. BERNAMA

Artikel Lain