suria

Bekas Presiden Korea Selatan meninggal dunia, dipercayai bunuh diri

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut bagaimana nota tersebut diperoleh. Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pula menyifatkan kematian Roh sebagai sesuatu yang "menyedihkan dan tragis" dan menambah "sangat sukar untuk mempercaya." Roh, bekas peguam hak asasi manusia, telah disoal siasat oleh pendakwa raya selama 13 jam pada 30 April lalu berhubung dakwaan menerima rasuah RM20 juta daripada seorang ahli perniagaan ketika masih memegang jawatan Presiden. "Saya tidak boleh bersemuka dengan rakyat. Maaf, saya telah mengecewakan anda semua," kata Roh sebelum menemui pasukan siasatan akhir bulan lalu. BERITA TERDAHULU SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun, yang kini diselubungi skandal rasuah, meninggal dunia pagi ini ekoran kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjatuh dari kawasan pergunungan, dipercayai cuba membunuh diri. Berita awal menolak teori bahawa beliau membunuh diri. Bagaimanapun menurut peguam keluarganya, Roh ada meninggalkan nota mahu bunuh diri. Laporan media yang memetik peguam Moon Jae-in berkata, pemimpin berusia 62 tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari gunung yang terletak di kawasan berhampiran tempat tinggalnya di Busan. Media Korea Selatan yang memetik sumber-sumber hospital mengesahkan pemimpin itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Sebuah hospital di Busan, bahagian selatan negara itu, mengesahkan Roh meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi. Beliau dibawa ke hospital kira-kira 8.30 pagi dan disahkan meninggal dunia sejam kemudian. Mendiang telah berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan dari tahun 2003 hingga 2008 dan kini diselubungi skandal rasuah. AP

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut bagaimana nota tersebut diperoleh.
Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pula menyifatkan kematian Roh sebagai sesuatu yang

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pula menyifatkan kematian Roh sebagai sesuatu yang "menyedihkan dan tragis" dan menambah "sangat sukar untuk mempercaya."

Roh, bekas peguam hak asasi manusia, telah disoal siasat oleh pendakwa raya selama 13 jam pada 30 April lalu berhubung dakwaan menerima rasuah RM20 juta daripada seorang ahli perniagaan ketika masih memegang jawatan Presiden.

"Saya tidak boleh bersemuka dengan rakyat. Maaf, saya telah mengecewakan anda semua," kata Roh sebelum menemui pasukan siasatan akhir bulan lalu.

BERITA TERDAHULU

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun, yang kini diselubungi skandal rasuah, meninggal dunia pagi ini ekoran kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjatuh dari kawasan pergunungan, dipercayai cuba membunuh diri.

Berita awal menolak teori bahawa beliau membunuh diri.

Bagaimanapun menurut peguam keluarganya, Roh ada meninggalkan nota mahu bunuh diri.

Laporan media yang memetik peguam Moon Jae-in berkata, pemimpin berusia 62 tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari gunung yang terletak di kawasan berhampiran tempat tinggalnya di Busan.

Media Korea Selatan yang memetik sumber-sumber hospital mengesahkan pemimpin itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Sebuah hospital di Busan, bahagian selatan negara itu, mengesahkan Roh meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi.

Beliau dibawa ke hospital kira-kira 8.30 pagi dan disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Mendiang telah berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan dari tahun 2003 hingga 2008 dan kini diselubungi skandal rasuah. AP

Artikel Lain