suria

Obama cadang tahanan Guantanamo dibawa ke penjara AS

WASHINGTON (Reuters): Presiden Barack Obama hari ini berkata sebahagian daripada tahanan penjara Guantanamo akan dihantar ke penjara Amerika Syarikat walaupun ia mendapat tentangan daripada ramai anggota Kongres.

Obama sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap berpegang kepada cadangan untuk menutup pusat tahanan tersebut.

Dalam ucapan balas kepada Obama, bekas Naib Presiden Dick Cheney berkata polisi Obama yang bertentangan dengan polisi tahanan sewaktu pemerintahan bekas presiden George Bush.

Kenyataan bush itu turut mendapat tentangan daripada Senat yang dikuasai oleh anggota daripada Parti Demokrat.

Merka memberi alasan ia akan mewujudkan masalah keselamatan walaupun tahanan tersebut dipenjarakan.

Dalam masa yang sama, angggota Demokrat meminta Obama mengemukakan cadangan untuk 240 tahanan di penjara Guantanamo.

"Ini keputusan paling berat yang perlu kita hadapi,"kata Obama dalam ucapan di Arkib Negara.

Obama terpaksa memperbaharui dasar menetang keganasan yang diamalkan Amerika sebelum ini ekoran kecaman yang diterima daripada negara-negara lain serta mengembalikan masalah kemelesetan ekonomi yang dihadapi di negara tersebut.

Ketika berkempen bagi merebut jawatan Presiden tahun lalu, Obama berjanji akan menutup penjara tersebut dan merancang untuk mengulang hal sama hari ini.

Artikel Lain