suria

Rundingan pusaingan baru FTA AS - Malaysia

KOTA BAHARU: Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk meneruskan rundingan pusingan baru Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (As), susulan pelaksanaan dasar liberalisasi yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Duta Besar AS ke Malaysia, James R.Keith berkata ejak rundingan tahun lepas, pentadbiran Barrack Obama kini dalam proses untuk mengkaji semula aspek perjanjian dan akan menyegerakan pusingan rundingan baru dengan Malaysia pada kadar segera.

"Dasar Obama bagi memastikan kedua-dua negara dalam situasi samasama menang sangat jelas dan ini menyentuh aspek perjanjian perniagaan dan kewangan iaitu sektor kewangan dan pemerolehan kerajaan.

"Malaysia boleh mengambil peluang daripada kontrak kerajaan bernilai AS250 bilion yang tersedia kepada keduadua pihak.

"Bagaimanapun, kajian semula terhadap rundingan tiga tahun antara keduadua negara terpaksa ditangguhkan sehingga kajian itu selesai, sebaik lawatan perdagangan dan kewangan oleh Presiden ke rantau Asia dimuktamadkan dan Pusingan Rundingan Doha dan rundingan serantau yang dijadualkan tahun ini," kata Keith kepada 10 ketua biro media tempatan pada sesi rundingan meja buat di sini sempena lawatan ke Pantai Timur sejak Selasa lepas.

Tanpa menyebut tempoh masa yang ditetapkan untuk pusingan rundingan baru itu, Keith berkata Malaysia boleh menjangkakan perjanjian yang lebih baik dan boleh disegerakan jika Malaysia mahukannya.

"Saya yakin walaupun kita menghadapi masalah kewangan global, segalanya akan kembali seperti biasa dan sebelum kita sedari, rundingan akan dipulihkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

"Obama kini dalam rangka lawatan ke luar negara bagi mengeratkan persahabatan dan dalam konteks ini, hubungan dua hala Malaysia dalam ketenteraan, penguatkuasaan undangundang, perdagangan dan dasar luar Amerika Syarikat, akan ditingkatkan," katanya,

Rundingan yang sedang berlangsung ialah pusingan Doha Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang bermula sejak November 2001. Objektifnya ialah mengurangkan halangan perdagangan di seluruh dunia, yang membolehkan negara-negara meningkatkan dagangan.

Rundingan terhenti pada 2008 berikutan timbul isu utama seperti pertanian, tarif industri dan perkhidmatan halangan bukan tarif.

Perbezaan paling ketara ialah antara negara maju yang diketuai Kesatuan Eropah, Amerika Sayrikat (Us) dan Jepun dan negara membangun dan diwakili oleh India, Brazil, China dan Afrika Selatan.

Rundingan terakhir pada 23 Julai tahun lepas terhenti selepas gagal mencapai kompromi mengenai peraturan import pertanian, dan rundingan utama tidak dijangkakan pulih sehingga 2009.

Bagaimanapun, rundingan yang dijalankan antara US, China dan India, berlangsung pada akhir 2008 bagi menyetujui model rundingan, namun belum menghasilkan sebarang kemajuan. BERNAMA

Artikel Lain