suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OIC dan Dana Global meterai MoU perangi penyakit

DAMSYIK: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Dana Global Bagi Memerangi AIDS, Tibi dan Malaria telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam membanteras penyakit tersebut.

Dokumen itu ditandatangani di luar mesyuarat sesi ke36 Majlis MenteriMenteri Luar (CFM) OIC yang berakhir di sini hari ini.

Pengarah Eksekutif Dana Global Prof. Michel Kazatchikin berkata satu pertiga daripada kes AIDS di dunia terdapat di 57 negara anggota OIC dan merayu supaya negara berkenaan meningkatkan sokongan kepada program memerangi AIDS.

Dana Global itu melaksanakan pelbagai program dan projek di 46 negara anggota OIC dan MoU itu bertujuan meningkatkan kerjasama semua negara anggota khususnya negara yang berdepan dengan masalah penyakit Aids, tibi dan malaria.

Menerusi persefahaman itu, ia mengharapkan supaya pertubuhan itu dapat meningkatkan sumbangan derma bagi menyokong program Global Dana itu. BERNAMA

Artikel Lain