suria

Eropah dan Asia tolak perlindungan perdagangan

HANOI: Eropah dan Asia, mewakili hampir 60 peratus populasi dunia dan 60 peratus perdagangan global, menolak perlindungan perdagangan dan mahu lebih banyak sistem perdagangan terbuka berikutan krisis ekonomi global.

Menteri-menteri Luar dari kedua-dua benua berkata langkah perlindungan, walaupun memberikan kelegaan jangka pendek kepada negara berkenaan, akan mencetuskan tindakan balas yang mungkin akan menjejaskan lagi ekonomi dunia dan melambatkan pemulihan.

Dalam draf kenyataan yang disediakan bagi menterimenteri dari 17 negara Asia dan 28 negara Eropah yang berhimpun pada Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) di sini, menteri berkenaan mahu semua negara mengelakkan daripada memperkenalkan atau meningkatkan halangan kepada perdagangan dan daripada bergerak balas ketika keadaan kewangan yang tidak menentu sekarang.

Menteri berkenaan juga mengulangi komitmen mereka kepada sistem perdagangan antarabangsa yang lebih terbuka dan menggesa semua negara menggandakan usaha bagi membuat perumusan terawal pada Agenda Pembangunan Doha, yang amat diperlukan dalam konteks krisis semasa.

Menteri berkenaan juga mahu institusi kewangan antarabangsa mempermudahkan pinjaman dan syarat rangka kerja dengan dasar kewangan fleksibel bagi memastikan keberkesanan dalam menangani krisis itu dan mengambil langkah mencegah aliran keluar modal dari negaranegara membangun tersebut.

Ekonomi kemungkinan besar akan mula pulih pada 2010, kata mereka.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mewakili Malaysia pada mesyuarat itu.

Disebalik minat mendalam, terutamanya dari Eropah terhadap perkembangan politik di Myanmar dan perang yang baru berakhir di Sri Lanka, keduadua isu itu tidak tersenarai dalam draf kenyataan itu.

Sebelum perasmian mesyuarat dua hari itu, Troika Kesatuan Eropah (EU) yang mewakili EU dalam hubungan luar, mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Myanmar Mejar Jeneral Nyan Win.

Menteri Luar Sweden Carl Bildt memberitahu pemberita selepas perjumpaan itu bahawa EU telah mengulangi pendiriannya bahawa Myanmar perlu membebaskan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi, beratusratus tahanan politik dan memastikan pilihan raya yang bebas pada 2010.

"Menteri Myanmar menjelaskan situasi di negara itu. Kami memberitahunya bahawa kerajaan perlu membuka semua saluran bagi dialog terbuka," katanya.

Bulan lepas, EU bersetuju melanjutkan sehingga April 2010 sekatan terhadap 500 tokoh regim Myanmar dan anggota keluarga mereka, dan kirakira 80 perniagaan yang ada kaitan dengan mereka.

Mesyuarat itu turut membincangkan wabak Influenza A (H1N1) dan komitmen baru mereka terhadap kerjasama serantau dan antarabangsa dalam menangani isu keselamatan bukan tradisional, terutamanya penularan penyakit merentasi sempadan dan benua.

Isu perubahan iklim, jaminan tenaga dan penyusutan harga komoditi dunia, terutamanya minyak dan makanan turut dimasukkan, dengan gesaan bagi kestabilan harga.

Mengenai pertambahan keanggotaan ASEM untuk memasukkan Australia dan Russia, mereka bersetuju untuk meminta pegawai kanan menubuhkan kumpulan kerja bagi tujuan menyediakan perjanjian prosedur dan melaporkan kepada Sidang Kemuncak Kelapan ASEM.

Selain 10 negara anggota Asean, China, Korea Selatan, Jepun, India, Mongolia, Pakistan mewakili Asia manakala antara negara anggota EU ialah Anggota Majlis Tetap Keselamatan Britain dan Perancis, serta Jerman, Itali dan Belanda.

ASEM ialah saluran pelbagai hala utama bagi komunikasi dan dialog antara Asia dan Eropah sejak 1996. BERNAMA

Artikel Lain