suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Thai disahkan bebas selesema babi

BANGKOK: Seorang pensyarah wanita Thai yang disyaki menghidap selesema babi sekembalinya dari Mexico, disahkan bebas daripada penyakit itu.

Pakar virus dari Chulalongkorn Hospital, Dr. Yong Pooworawan memberitahu, ujian makmal menunjukkan pensyarah berusia 42 tahun itu, yang bekerja di hospital berkenaan, hanya menghidap selesema biasa.

Wanita berkenaan menghadiri satu seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April dan dimasukkan ke wad setelah menghidap demam serta selesema beberapa hari lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah pun mengeluarkan amaran kemungkinan wabak selesema babi menular ke seluruh dunia apabila penyakit itu merebak ke beberapa negara setelah mula dikesan di Mexico dengan mencatatkan sekurang-kurangnya 152 kematian.

WHO telah menaikkan paras amaran daripada tiga kepada empat.

Pihak berkuasa Thai kini menamakan penyakit itu sebagai "selesema manusia Mexico" bagi menunjukan tempat asal penyakit itu dan tidak menakutkan golongan yang makan daging babi. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain